Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Tentang saya,..

Saya ibu kepada 4 orang anak..3 perempuan dan 1 lelaki,..Sebelum ni hanya 100% bergelar surirumah sepenuh masa,.tanpa side income,..Selepas berkahwin,,saya menjaga ibu mertua yang hidap strok,..Cuba belajar fahami keadaan orang sakit ni bukan senang,.teramat memerlukan kesabaran yang tinggi,..Cara pengurusan yang lebih baik dan lebih mudah demi keselesaan pesakit banyak saya pelajari dari orang yang dah berpengalaman....Pernah saya mintak khidmat nasihat dari doctor perubatan,,.DR Hafidzah haji Mustaqim,..Doktor banyak terapkan sikap sabar,,dan untuk dapatkan sabar bukan mudah sama sekali,..


Setiap hari2 yang berlalu,,saya selalu muhasabah diri supaya saya lebih sedar,..Saya letakkan diri saya ditempat mertua,.."Kalaulah aku dapat sakit sebegini,,alangkah susah nya keadaan yang perlu ditanggung" dan sememangnya perlukan bantuan...


Diawal awal berkahwin,,memang saya kekok untuk menyesuaikan diri,,cuba sedaya upaya menjadi menantu yang disenangi,..Bukan senang nak pikat hati mertua,..Banyak yang perlu diubah,..Lagi2 saya ni xboleh duk diam,,,banyak hal yang saya buat tak menyenangkan mertua,,.Lain yang mertua cakap,,lain yang aku buat,..hihi,..




Sejak kawen memang tak pernah kerja,,Surirumah sepenuh masa,Hampir 8 tahun bergelar surirumah...Masa tu,,saya menantu perempuan pertama,.Adik2 suami belum kawen lagi,,100% dirumah,,bantu suami jagakan mertua,..Dari tak pandai masak,,dah boleh sikit sebanyak masak untuk keluarga,.Cara nak ambil hati mertua,,saya cuba sebaik mungkin,..
Makin hari, strok mertua makin teruk,,dari tangan sebelah kanan tak boleh gerak turun ke kaki,..makin hari makin kerap jatuh,..Nak solat dan nak ambik wuduk pon perlu berteman,.


Pernah,,diawal perkahwinan Ekin kerja sekejap...Nak hilangkan rasa "Bosan" tinggal kat rumah,.Lagipun masa tu mertua masih sihat,..Tak sampai setahun kerja,,Ekin buat keputusan berhenti kerja,,Urus rumahtangga sepenuhnya,.Memandangkan hari bercuti suami dan ekin  tak sama,..(kerja gov dan swasta)..Lagipun,,kalau suami cuti,,mulala ekin nak mintak Excuse ngan penyelia nak cuti,..Pantang suami cuti ekin nak ponteng...


Perkenalan saya dan suami diaturkan keluarga,,Jodoh kami kuat...kenal hanya sebulan dan Alhamdulillah,,kami bercinta selepas nikah,..Berkahwin pada 10 jan 2005,,,dan alhamdulillah,,,dikurniakan anak sulung jugak sangat2 awal,,.22 disember tahun yang sama,,lahirlah bayi perempuan..Lepas kawen tinggal bersama mertua,..Sepanjang tinggal dengan mertua saya banyak belajar cara untuk tambat hati mertua,,,belajar masak dan uruskan rumahtangga,..Dari seorang yang "pemalas"..KINI,,Berjaya tambat hati mertua...Walaupon ada jugak kekurangan...




Alhamdulillah,..EKIN makin memahami kehendak mertua,.walau pada awalnya ada sedikit rasa susah dan hilang sabar,..Sebab saya ni ada jugak perangai buruknye,..tak semua manusia sempurna..Namun,,ekin cuba perbaikinya....


Sewaktu diawal perkahwinan,..Ekin tinggal bersama mertua hampir 7tahun,..Kesian mertua nak layan kerenah "keras kepala"ekin,,.Buat keputusan untuk pindah rumah apabila 2 orang adik suami yang dah habis belajar kat Johor dan seorang lagi yang  tinggal kat Pahang nak balik menetap kat Kelantan,.
Dan disebabkan inginkan keselesaan tinggal berkeluarga,,,ekin pindah rumah,,Kebetulan rumah mertua yang diberi sewa dah takde penyewa,.mertua bagi je kami tinggal kat umah tu,..


Tugas jaga mertua diambil alih adik2 yang baru balik,..Tak lama kemudian,,Sorang adik dah kahwin,..tinggal adik suami yang no 3 je jaga mertua.kekadang je ekin dan suami  ulang alik balik rumah mertua,,jenguk mertua yang makin hari makin tak sihat,..Hantarkan lauk dan kemas rumah,...Makin hari mertua makin tak kuat nak jalan,,Solat sambil berdiri dah tak kuat,,kerap nak jatuh..Dan kami mintak mertua solat sambil duduk,.walau pun permulaan agak kekok dan tak mau solat sambil duduk...makin hari,,mertua dah tak boleh jalan,,kaki mula tak kuat dan mengecut,.Mula terbaring sepanjang masa di katil...Bila dah terbaring,,pengurusan harian dah mula bergantung 100% dibantu...Mandi,,solat,,buang air besar dan kecik,,diurus dengan cara tersendiri demi keselesaan mertua...


Setahun berlalu,,dikhabarkan adik yang jaga mertua sakit,,,banyak letih dan murung,..ekin kembali ambik alih jaga mertua,..Bawa mertua tinggal bersama2 ekin..Makin hari makin teruk,,,Hanya 3 bulan sahaja tempoh sakit tenat yang dialami oleh adik ipar,.Masa yang sangat sangat singkat,,..Masa tu adalah tempoh sukar bagi ekin nak tempuhi,..Kuatkan semangat demi mertua dan adik ipar,.Sokongan berterusan dari mak ayah dan adik beradik sangat sangat dihargai...Pertama kali melihat air mata bergenang mengalir di mata suami,..Teramat amat sedih,..Suami kebingungan,,,antara jaga mertua dan adik dalam waktu yang sama serentak,..Masa banyak dihabiskan untuk adik,..Diluangkan untuk mertua hanya seketika sahaja,..


Masih terngiang ngiang kata suami,..Mohon ekin jagakan mertua sebaik mungkin,,,"Sayang,,maafkan abang sebab serahkan tugas jaga mek untuk sayang,,tolong jagakan mek untuk abang ye"..Masa tu memang suami tak ingat langsung nak rehat,..Balik kerja terus jenguk adik dan uruskan adik,..Dalam menangis,..Hanya ALLAH sahaja yang tentukan,..Tak putus2 kami berdoa agar ALLAH permudahkan segala urusan kami,.Sepanjang 3 bulan adik kat Hospital,,itulah rutin harian suami,..2minggu diakhir akhir pemergiannya,,adik ipar mintak suami bawakan mertua ke hospital,..Dengan berkerusi roda,,mertua gagahkan demi anak tersayang.,..Adik ipar mohon ampun andai ada berbuat salah dan dosa,.Dengan semua orang di pohon maaf,..Alangkah terasa sedih saat ini,,.dan pada masa yang sama,..Adik mintak untuk dibawanya kerumah,,.Balik ke rumah mertua,.Dia tahu,,sakitnya makin teruk,..dan hanya menunggu masa sahaja,..Memang tersentap sangat bila dia cakap macamtu,..Kami sebak..

Pemergiannya pada hari jumaat dan diredhai ibu tersayang serta dimaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan adalah hari yang terbaik,.Semoga diangkat segala amalan baik yang pernah dilakukan,.Dan dihapuskan dosa2 yang lampau....

ALFATIHAH UNTUKMU,,
Mohd Taufik bin Aziz....






Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan